AS114 – Diploma Mikrobiologi : Internship

Assalamualaikum and hello!

Dah lama rasanya tak taip post yang panjang sebab memang tengah busy sekarang. Tinggal beberapa bulan untuk officially habis degree insyaAllah. So excited! So hari ni nak share sikit pengalaman praktikal masa time diploma dulu since ada adik-adik yg tanya. Meh ahkak nak bagitau ni.

Time aku praktikal tu kalau tak silap dalam 2013 macam tu la. I’m not sure kalau student AS114 yang sekarang ni still ada praktikal ke or ada perubahan ke so janganlah tanya akak ye sebab akak memang tak tau apa dah jadi kt sistem UiTM kt Kuala Pilah tu. Hahaha.

For the internship, Hospital Sg Buloh is the only place yang accept aku punya resume and calls untuk praktikal so aku malas dah nak mintak kt tempat lain. Haha. As we know, during my time,  it is compulsory for every student utk pergi industrial training in final semester. Majoriti science students memang akan pergi praktikal. Contohnya under my faculty ; Faculty of Applied Science banyak course yg mewajibkan student utk pergi praktikal such as Diploma in Textile and Food Technology.

Cakap pasal tempat praktikal actually banyak tempat yg boleh kita mohon macam hospital, kilang2 industri or any companies yg memang ambik student praktikal. Classmates aku ramai yg mintak kt hospital as kitorang more to lab practical so selalunya akan diterimalah. Ada jugak yg mintak kt Sime Darby, kilang Gardenia, Jabatan Kimia, MPOB, makmal veterinar.

23022011070

Actually aku tinggal kt Perak tapi saja mengada nak mintak area Selangor. Nak menimba pengalaman di negeri orang kateko. Hahaha. Lagipun best what. Boleh belajar macam-macam kt tempat orang. Boleh explore dan berdikari sikit. Nanti time nak kerja, at least pengalaman tu dah ada. Jangan asyik nak dekat dengan rumah je. Merantau sikit sekali-sekala. Barulah best!

11775843

hosp3sgbuluh

hospitalsungaibuloh

Honestly, aku agak terkejut beruk bila first touchdown kt hospital ni. Tak pernah seumur hidup aku tengok hospital yg ada escalator. Hahaha. Jakun. Kt sini aku praktikal kt Pathology Department kt ground level. Kepada yg tak tahu praktikal berapa lama? 3 bulan weh. 3 bulan nak jakun dengan escalator dan aku hanya berdua dengan member intern sesama kt sini so better berpakatlah dengan kawan nak mintak tempat praktikal sama. Kalau ada member syok sikit.

FIRST & SECOND DAY

First and second day kitorang duduk kt Integration Lab. Ada kaunter utk doctors or any staff hantar sample. Tugas kitorang ialah acknowledge sample and lekat2 barcode kt sample so nanti senang nk manage utk hantar kt lab yg sepatutnya.

2013-11-1816-30-00

1 MONTH

Then, masuk lab Mikrobiologi. Sebulan posting kt dalam lab ni sebab kitorang major pun in microbiology so rotate setiap seksyen 1 minggu which is

1) Sample processing
2) Identification
3) Plate reading
4) Drugs sensitivity
5) Blood

The most favourite section of course lah sample processing ataupun kt sana panggil culture section. Reason? Sebab at this section lah more to practical which is the streaking method and all. Memang paling favourite! Tambah pulak main job kitorang kt sana buat Gram Stain je kejenya. Dah lali sangat dah sebab almost everyday duk buat benda alah tu je. Haha. Kitorang tak kisah pun sebab kalau duduk saja boring lah pulak.

tttt

Nahhh aku siap edit lagi pic ni nak tunjuk betapa aku belajar sesuatu sangat dalam lab mikrob tu. Hahahaha. Sesuatu lah sangat. First thing yg buat aku impress giler is tempat bakar loop tu. Seriously macam batak plus jakun plus peghak. Almaklumlah kt UiTM dulu mana ada benda alah ni. Nak bakar loop kemain berebut bunsen burner. Belum lagi cerita pasal fire starter rosak, gas bunsen burner habislah bagai. Guna benda ni barulah efficient gitu.

One more thing aku lupa nak bagitau, kt hospital ni punya bos kt Jabatan Patologi ni tak bagi student praktikal hands-on. Means tak bagi kitorang sentuh apa2 melainkan hanya observe sahaja. Since ada staff yg memahami dan ada jugak yg tak kurang malasnye bagi kitorang handle samples from A to Z. Alhamdulillah sangat sebab dapat staff yg understanding so kitorang dengan baik hatinya tolong sesape je yg mintak tolong even kerja yg takde kena mengena dgn mikrob pun still kitorang buat dgn senang hati. Bukannya apa. Dah kau larat nak duduk saje tercangak tak buat apa2. Memang taklah. Baik aku balik tidur je. Hahaha.

2013-11-2115-13-57
Kak Shida (one of the staff) sedang khusyuk culture samples.
2013-11-2112-44-46
Tempat discard bekas samples yang sudah digunakan.
2013-11-2112-44-34
Tempat letak Gram Stain samples dengan media plates yg belum guna.
2013-11-2116-38-52
Reagent untuk Gram Stain

2013-11-2112-29-21

Haaaa tudiaaaa. Orang lain selfie ambik gambar muka. Aku ambik gambar tangan ber-glove sambil buat Gram Stain kauuu. Inilah kerja tetap kitorang. Kt sini sistem Gram Stain dia 1 1 3 1. Apakah? Ini diaaaa. Jangan cakap korang tak belajar pasal ni ye. Benda basic kot as microbiology student. Haha.

1) Crystal Violet       1 minit
2) Lugol’s Iodine      1 minit
3) Acetone Iodine    3 saat
4) Safranin              1 minit

 
Selalunya guna alcohol as decolourizer tapi kt sini guna Acetone Iodine but konsep dia sama je as decolourizer jugak. Untuk masa staining tu ada timer dia. Ala2 jam loceng lah jugak. Haha. So masa staining tu alert la sikit kan. Takdelah overstain ke apa. Karang salah buat tak pasal je kena marah.

2013-11-2112-44-01

Then, lepas staining tu bolehlah observe under mikroskop. Letak setitik immersion oil then observe lah. Selalunya tengok ada pus cell, epithelial ell and bakteria apa. Information record dalam sistem dalam PC macam dalam pic ni Kak Shida tengah buat.

2013-11-2715-14-05
Identification section as in Biochemical tests etc.
2013-12-0212-21-41
QC section

Masa kt sana boleh dikatakan antara tempat yg paling relax giler is media preparation. Orang cakap patutnya tempat masak media lah yg paling busy sebab nk kena buat agar plate sampai beribu-riban tapi time kitorang tu pulak dapat dengan sorang akak ni yg jugak pregnant and hanya masak something ikut mood dia. Dah kalau pregnant tu mood dia memang nk rilek goyang kaki jela kan.

Kalau masak pun semua mesin yg buat. Daripada awal bubuh bahan2 semua sampailah ke isi dalam plate dengan label plate. Semuanya mesin yg buatkan. So jangan salahkan aku kalau goyang kaki serta tangan dalam bilik media.

2014-01-2709-00-15

Haaa gambar kt atas ni namanya stirrer. Function dia utk mixing media powder yg dah dicampur dalam air. Kiranya macam kalau bancuh air milo kita kacau sampai larut pakai sudu kan? Haa kalau media ni dia maju sikit. Takdenye nak pakai sudu bagai. Ni kita letak magnetic stirring bar dalam botol yg dah ada air dgn serbuk media yg kita nk bancuh tu.

24017-magnetic-stirrer-bar-1
Bukan pil perancang tapi ini magnetic stirring bar

Pastu letak je atas hotplate tu. Disebabkan ada magnet dalam hotplate dgn stirring bar tu so dia akan mix automatically macam dalam pic kt bawah ni ha.

cb3022

First time tengok benda alah ni memang agak jakun jugaklah. Haha. Terus terfikir kalau nk buat milo guna benda ni. Hahaha. Kt dalam bilik media ni ada 2 jenis mesin. Mesin yg boleh buat media dalam 200-300 lebih agar plate dengan mesin yg boleh buat 1000 lebih agar plate. First day masuk akak tu explain macam mana nak masak guna mesin yg kecik tu.

ggbb

Mesin ni pun sama buat aku jakun jugak. Sebab memang mesin tu je yg buat. Kita just masukkan agar powder dgn air je. Pastu boleh blah nak pegi tido ke makan ke main Subway Surfer ke. Lagipun dia dah siap autoclave kan lagi. Kalau macam dalam lab kt U semuanya kena buat manual. Masak guna oven then nak kena autoclave sendiri. Nak pour pun manual. Jenuh weh. Kalau ada mesin ni time fyp memang goyang kaki lah wey.

2014-01-2009-41-37
Nak masak Sorbitol MacConkey agar untuk E.coli 0157:H7 isolation dalam stool sample

Masa ni tengok akak tu masak dah rasa macam Chef Wan. Periuk dia pun boleh tahan gak. Dah boleh dah nk masak sup gearbox dalam ni. Hahaha. Cuma masa masak tu make sure temperature dengan pH dia no problem.

yyyy

2014-01-2010-04-54

Itulah serba sikit cerita dalam bilik media. Bnyak lagi kerja yg aku buat tapi takde gambar pulak. Hahaha. Pastu nk cerita pasal dalam lab Mycology pulak. For the first time aku tengok pipette ni. Lagi sekali aku terjatuh dalam gaung kejakuna. Hahaha.

uuuuuuuu

2013-12-2316-12-48

TEMPAT PENGINAPAN

Okehh sekarang aku nk cerita pasal UiTM Sg Buloh. Kt sini Faculty of Medicine. Memang bebudak medic jelah yg ada. Kampus besar gila bak hang tapi kolej ada 2 je then yg hebatnya kolej ada 9 level and ada lif. Best tak bestnya jadi budak medic UiTM kt sini. Almaklumlah kampus baru. Aku dgn lagi 4 orang classmates sewa hostel kt sinilah sepanjang praktikal ni. Lepas tolak tambah nego2 sikit, dapatlah RM260 sorang sebulan tolak weekends dengan public holiday.

Agak bersyukur jugaklah sebab waktu ni banyak cuti umum so kurenglah sikit sewa tu kan. Tolak cuti Krismas, New Year, Thaipusam, Maulidur Rasul. Mana taknya. Kira sewa RM13 utk 1 hari. Tapi bila aku pergi survey rumah sewa kt area2 hospital tu harga pun lebih kurang jugak. Dalam RM250++ jugaklah. Rumah takdelah selesa mana. Baik aku duduk dalam hostel UiTM yg super duper cozy ni. Selamat plus selesa gila kot. Meh aku bagi tengok sikit acano rupa hostel dia. Ala2 apartment kateko.

2013-11-1715-04-48

2013-11-1715-05-03

2013-11-2314-42-00

2013-11-2314-41-34

Nampak kan betapa selesanya lahai duduk sini. Macam homestay pun ada. Macam hotel pun ada jugak. Berbaloilah dengan sewa banyak camtu. Lagipun standard lah belah2 Selangor ke KL ke sewa camtu. Biasalah waktu ni aku pun first time sewa2 rumah ni.

So conclusion dia, praktikal ni memang best. Aku rindu betul nak menyembang dengan member satu rumah, dengan staff kt hospital. Memang aku takkan lupa pengalaman praktikal selama 3 bulan ni.

Sweet memories. 18 November ’13 – 7 Februari ’14 ❤

Just one more thing nak ingatkan yang sepanjang praktikal ni kadang-kadang memang ada staff yang akan suruh kita buat kerja yang luar dari bidang kita. Macam aku dulu, kena susun fail kertas, shred paper dari pagi sampai petang, kikis ais dalam peti sejuk dan macam-macam lagi. Jangan mengamuk pulak. Kena faham yang semua staff busy dan takde masa nak buat kerja yg remeh-temeh sebab tu budak praktikal selalu dipanggil. Hahaha.

My own advice, pilihlah tempat praktikal yang sediakan elaun such as tempat-tempat industri macam Sime Darby. Lagi berbaloi kalau ada gaji. Then, tengok jugak tempat tinggal. Kalau boleh survey cukup-cukup dulu sampai puas hati. Ok itu jelah kot. Anything boleh email jelah ye.

Thanks for dropping by ❤

Announcement

Assalamualaikum.

Just a quick and short update. For your information, I am now struggling with my final exam and the timetable give me some sort of heart attack. It is a nightmare but alhamdulillah, I’ve managed to get through it. 3 papers down and 4 more to go!

Enough with the brag, here I’ve uploaded the notes for the first semester of AS114 Diploma in Microbiology UiTM Kuala Pilah. Forgive me if the notes are not quite satisfying or incomplete but I believe it might help a little in your assignment or anything. Enjoy. Just have to mention that THESE ARE THE ONLY NOTES THAT I HAVE and please don’t ask for any other subjects.

For those who keep texting and emailing me asking anything about this course, here are my answers.

1. Do I need to buy reference books or not?

Yes but depends on your budget. You could find cheaper books as long as the content is covering your entire syllabus or you will end up neglecting the book, collecting dusts. Don’t worry if the book is quite expensive because you might used it for a long period until your degree maybe? One more thing, pick a book that is more understandable and do not used high language of English. For me, books are quite important as a reference source especially when you don’t have the chance to googling everything. Other choice, just borrow them in library.

2. Do you have any copies of lab reports?

I am sorry, I don’t. All the lab reports must be send to the lecturers but lemme check if I have any soft copies, alright?

3. What I have to do if the lecturers do not give any notes?

Don’t panic and just relax. I know that you’ve been experiencing since the first day of class started. This is the universities life, kids. Try to adapt and get through it. Find alternatives to study including asking the lecturers about your syllabus content and try to refer on books and internet.

Thanks 🙂

MIC102 – Cell Biology

Chapter 1 Prokaryotes

Chapter 2 – Cell movement, osmosis

Chapter 3 Binary fission and gnetic transfer

Subtopic C3 cell membrane

Chapter 4 Mitosis

Chapter 4 part 2-Meiosis

active-transport

microscope

passive-transport

reproduction-of-prokaryotic-cell

the-structure-within-cytoplasm

CHM 138 – Basic Chemistry

chapter 1-units of measurement

chapter 2- elements, compounds, chem equations and calculations

chap3-concepts of acid-base neutralization 1

chap4-structure of atom

chap5 – periodic table

chapter 6-chemical bonds

chap7-oxidation and reduction reactions

CHAPTER 8-introduction to organic chemistry latest

CSC134

application-software

communication-network

computer-security-safety-ethics-privacy

information-system

input

internet-web

introduction-to-computers

output

system-software

system-unit

storage

OTHER NOTES HERE !

AS114 – Diploma Mikrobiologi UiTM

Assalamualaikum korang ! 🙂

DISCLAIMER : Sila baca post ini sampai habis dan check semua link yg diberi SEBELUM BERTANYA. *Penat nak jawab soalan yang sama. 

Cey. Sebelum ni kemain Assalamualaikum guys lah apalah. Hahahaha. Disebabkan esok merdeka so aku tetiba rasa nak buat entri dalam BM pulak. Kekadang rasa boring jugak taip dalam mat saleh je. Dah tu pulak kalau dah namanya less vocab dalam kepala ni memang kerjanya nak bukak Google Translate aje. Haha.

Back to the topic, hari ni aku nak cerita sikit pasal Diploma Mikrobiologi di UiTM. Memandangkan aku ex-student course ni so aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak describe sikit acaner sebenarnya course ni. Susah ke senang ke kan? Tujuannya as reference untuk kanak-kanak ribena yang bakal melanjutkan pelajaran tapi tak tau nak pilih course apa. Ahkak Alia sudi membantu uolls. Hikhik.

Sebelum tu, aku nak bagi senarai subjek yang korang kena ambik if you choose this course. Bagi aku, course ni sangat menarik. Untuk memudahkan lagi kerja korang, insyaAllah aku akan letak link notes untuk korang download nanti ye. Ada yang nak berterima kasih tak? Ok aku balas sama-sama in advance. Hehe. Sila amati setiap subjek ni ye. Aku rasa ni yang dah paling latest dah sebab aku pun baru je habis dip ni. 🙂

SEMESTER 1

  • BEL120 – Consolidating Language Skills
  • CHM138 – Basic Chemistry
  • CSC134 – Computer & Information Processing
  • MAT133 – Pre Calculus
  • MIC102 – Cell Biology
  • CTU101 – Fundamentals of Islam
  • HBU111 – National Kesatria 1

SEMESTER 2

  • BCM 211 – Biochemistry I
  • BEL260 – Intermediate English
  • CTU151 – Islamic Thought and Civilization
  • CHM207 – Organic Chemistry
  • CHM213 – Physical Chemistry
  • MIC159 – General Microbiology (Theory)
  • MIC160 – General Microbiology (Practical)
  • Co-curricular subject (optional if you already took National Kesatria in 1st semester)

SEMESTER 3

  • BCM311 – Biochemistry II
  • BCM312 – Laboratory Methods in Biochemistry
  • BEL311 – English For Academic Purposes
  • CHM256 – Basic Analytical Chemistry
  • CTU211 – Science and Technology in Islam
  • MIC150 – Genetics
  • MIC250 – Systematic Bacteriology
  • Co-curricular subject (also optional)

SEMESTER 4

  • CHM260 – Basic Instrumental Analysis
  • ECO120 – Principles of Economics
  • MIC206 – Mycology
  • MIC208 – Virology
  • MIC204 – Basic Food Microbiology
  • MIC310 – Microbial Physiology

SEMESTER 5

  • ENT300 – Fundamentals of Entrepreneurship
  • MIC207 – Basic Environmental Microbiology
  • MIC210 – Basic Molecular Biology
  • MIC313 – Practical Molecular Biology
  • MIC304 – Basic Industrial Microbiology
  • MIC319 – Fundamentals of Agricultural Microbiology
  • MIC342 – Medical Microbiology and Immunology

SEMESTER 6

FSG331 – Industrial Training / Practical

NOTES CAN BE DOWNLOAD HERE !

Aku malas nak cerita sem mana yang tough sem mana yang sado apa semua sebab aku tak nak mind set korang down bila aku cakap pasal specific semester yang susah. Overall, this course quite interesting lah jugak dan yang paling penting course ni amat sesuai for those yang tak minat matematik, kira-kira or maybe ada yang trauma dengan nombor lepas SPM? Sebabnya as you can see, subjek Pre Calculus hanya diambil pada semester pertama sahaja. Baku habis ayat aku. Bukanlah bermakna course ni suci bersih daripada calculation tapi memandangkan ada few Chemistry subjects so secara tak langsung ada jugak kira-kira. Jangan buat muka palat pulak sebab tak bawak kalkulator. Hahahaha.

Fizik? Memang takkan jumpa dah. Highlight sikit nama course ni ; microBIOLOGY. So memang obvious sangat course ni more to Biology and more specific to microorganisms. Yeah. Mostly memang fokus kt bakteria, virus, fungus etc. Human? Kureng la. Nampak tak dia punya menarik? Korang akan belajar apa yang bakteria buat, macam mana bakteria kawin then boleh multiply jadi lagi banyak, macam mana bakteria attack sistem badan korang and macam-macam lagi ! Belajar benda yang tak nampak dengan mata kasar. Memang fun. Sebab lepas korang keluar je kelas mesti korang akan cakap,

Ohhhh cenggitu ek rupa bakteria yang selalu serang aku waktu demam.

Ohhhh patutlah aku gatal-gatal masa terpegang cendawan.

Ohhhh cenggini rupanya badan aku simpan lemak.

Ohhhh rupanya kulit ni tempat tinggal bakteria.

Lebih kurang macam tulah. Hahaha. Seriously, memang banyak benda yang kita tak tau boleh jadi tau plus boleh apply dalam kehidupan seharian lagi. Cakap pasal kampus pulak. Mesti korang nak tau kan course ni kt UiTM kampus mana? Aku tau sangat bebudak sekarang nak pilih course mesti tengok tempat dulu kan? Hmph dah tau dah. Hahahaha. Aku pun sama jugak. LOL

For those yang ambik course ni then nak sambung degree, korang boleh apply degree in microbiology jugak but UiTM in the process lagi untuk buat degree in microbiology. But no worries, korang still boleh sambung di universiti lain. For example, UPM dan USM.

If nak sambung course lain pun boleh. Macam aku sekarang tengah sambung Bachelor in Biomolecular Sciences di UiTM Shah Alam. Nak sambung medic, farmasi dan dentistry pun boleh.

12205_10203231720728576_8142271889343118465_n

Diploma Mikrobiologi ni HANYA ada di UiTM Kuala Pilah, N. Sembilan sahaja. Actually, course ni still baru lagi sebab tu lah kt cawangan lain belum ada lagi plus untuk degree pun masih dalam perancangan lagi. Ada yg terkezut ke? Bunyi kampung sangat ke Kuala Pilah tu? Hahahaha. Memang dalam kampung tapi best ! Jauh dari kesibukan kota. Kampus hijau yang sejuk setiap pagi berkabus dah macam Cameron Highlands. Kolej ada 10. 7 kolej perempuan dan 3 kolej lelaki. Kalau tak silaplah sebab kekadang ada perubahan.

Kolej dia berkonsepkan apartment yg ada 3 bilik dan satu ruang tamu dalam satu rumah. Satu bilik 2 orang and maybe lagi seorang akan ditempatkan di ruang tamu. Rumah dia memang selesa sangat. Lengkap dengan bilik air dan ampaian untuk setiap rumah. Untuk memastikan yang korang akan terus dapat kolej sampai habis belajar, korang kena aktif dan join pelbagai aktiviti especially aktiviti kolej.

Kalau tak dapat kolej pun still boleh apply untuk duduk di kampus UiTM Kuala Pilah yg lama iaitu kampus Melang. Kampus tu untuk budak pra-diploma dan untuk sesiapa yang tak dapat kolej di kampus Beting. Jangan risau pasal transport sebab memang akan ada bas UiTM yang akan ambik ikut jadual ke kampus Beting.

Rasanya macam melencong jauh sangat dah. Haha. Next entri aku cerita pasal aku punya practical, okay? Aku memang suka share-share ni. Hahaha. Apa-apa pun, memang satu pilihan yang bijak if korang pilih course ni. 🙂

Aku ada upload several notes from lecturer untuk certain subjek sebab tak sempat nak upload semua sekali so boleh tengok kt aku punya SlideShare.

Jumpa lagi dalam entri lain. InsyaAllah aku cuba upload segala notes dan cerita pasal pengalaman aku masa praktikal. Thanks sebab sudi baca. Harap korang dapat buat pilihan yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh email di alianajiha93@gmail.com 

FAQ

1. Syarat kelayakan

Since ramai sangat yg tanya pasal kelayakan result SPM korang untuk apply course ni, boleh semak di sini http://www.selangkah.uitm.edu.my/ atau http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014

2. Peluang pekerjaan

InsyaAllah boleh bekerja di bahagian makmal sama ada di hospital, universiti or any research center tapi untuk lebih terjamin, better sambung degree lepas habis diploma ni.

3. Pilihan degree yang boleh disambung 

Anything yang berkaitan dengan sains especially yg fokus pada Biology dan Chemistry. Jika mahu sambung under UiTM dan fakulti yang sama which is Fakulti Sains Gunaan/Faculty of Applied Sciences, boleh klik SINI

For those who wondering dan nak tahu aku sambung degree apa boleh klik SINI.

Lagi sekali nak ingatkan yang aku cuma explain pasal course ni di UiTM sahaja dan bukan universiti lain. Sekian.