How I survived degree?

DISCLAIMER : These are the things that I did to get through my degree and not practically enforced to other people. Lain orang lain cara. I just want to share with people. Thank you 🙂

Assalamualaikum to my readers especially the AS244 juniors. This post is for you. Haha.

desktop_work hard

About a week ago, I received an email regarding the future of science students, job opportunities kinda stuff. Seriously guys? I mean like you’re literally are freshies and you already want to dig out the negativity out of your current course? Come on. Jangan kalah sebelum berperang. Hahaha. Honestly, I was like you guys. Rasa macam nak tukar course and it was just the first day of lab session.

Feels like you’re making the wrong decision also rasa macam dah tak minat Sains, it is totally normal actually. I was in your shoes. I’ve been there. Semua tu hanyalah sandiwara fikiran kamu yang sebenarnya acah-acah tak ready untuk masuk degree. Dalam kepala cuma fikir apa? Degree susah, rumah jauh, UiTM Shah Alam besar sangat so penat nak jalan kaki dan naik bas blablabla. Suka cari alasan untuk diri sendiri then kesiankan diri sendiri. I’m not blaming you guys bcs I also felt the same way in my first semester. Pathetic tak? Haha. But since I’m a diploma student so I know the drill. Semuanya bermula dengan paksaan. Squeezed out those independence and good vibes out of yourself! Believe me, you’re ready.

1. Be independent

Sounds lame but in order to survive, PAKSA diri to be independent. Tak payah sampai setiap minggu nak balik rumah ulang-alik nak basuh baju lah apa benda. Sekali-sekala takpelah. Kalau susah, take your time bcs in comparison with diploma/asasi/matrikulasi/etc, degree life agak mencabar so be prepared. Dalam kelas pun tak semua lecturer akan suap kita with notes and everything. Pandai-pandailah nak study guna internet, buku dan past year questions.

2. Score good grades in first and second semester

Tak bermakna tak perlu struggle untuk semester 3 dan ke atas but this is what I did. Alhamdulillah I got dean’s list award untuk semester 3 dan 4 (I started my degree on 3rd semester) and then I applied for JPA scholarship. Alhamdulillah after the complicated procedures, I managed to get it. You still boleh apply for JPA scholarship tajaan dalam negara tapi I’m not sure its still open or not dan kalau tak silap, application tu hanya setahun sekali and applied untuk students yang berbaki 3 semesters lagi. The amount is based on your course and your campus location so they would give the right amount untuk kos sara diri. No worries, memang cukup perbelanjaan tu. Hahaha.

Ada yang risau sangat pasal peluang kerja lepas degree nanti kan? So ni nak bagitau ni. For my JPA scholarship application, the agreement shows that I have to work with the government for 4 years (the contract duration is based on your semester in total dan jumlah tajaan). See? Right there you already have a safe place for your future. Sekurang-kurangnyalah kan? Even tak tau yang boleh dapat kerja ke tak but at least kontrak tu ada and you don’t need to worry sampai tak cukup tidur bagai.

After habis degree, boleh lapor diri tamat belajar and boleh start tengok dan apply jawatan-jawatan yang sesuai.

u

Nampak tak ruangan sebelah kanan tu? Punya banyak jawatan yang boleh dipohon for science student and this is only for SPA. Belum try lagi yang lain-lain tu. So siapa yang kecoh sangat cakap kerja for Biomolecular Science students ni hanya ada kt overseas la, kt Malaysia takde kerja lah. Come on. Rezeki tu Allah yang tentukan. Kalau tak dapat kerja dalam bidang sains pun, insyaAllah dalam bidang lain ada. Don’t worry, okay? 🙂 So belajar rajin-rajin dan cuba dapatkan dekan untuk semester 1 dan 2.

3. Alone time

Masa degree ni, kadang-kadang tak perlu sangat nak ada geng. For me lah. Kalau its a group of friend yang willing to study together tak kisah. That’s a good thing but sometimes being alone is much easier. You have control of everything. Nak makan bila, kt mana, nak hantar assignment bila, nak buat projek bila, nak tidur pukul berapa all that stuff. Bukan nak halang daripada buat kawan but for me yang memang totally introverted ni, enjoying my alone time lagi best. So memang takde istilah lonely kt degree life ni. Pandai-pandailah memilih kawan.

4. Stuff you need

Bila dah degree life ni masing-masing dah tau kan nak kena ada apa as a student. Laptop, stationary, kertas, buku nota blablabla tapi kt sini nak buat penambahan sikit. For me, a student should have a printer. Tak payahlah nak beli yang mahal-mahal. Banyak je printer yang bawah RM200. Apa lah salahnya guna duit PTPTN/JPA/MARA buat beli printer sebijik. Untuk kesenangan korang jugak nanti. Tak payah nak ulang alik pergi Print Expert lah amende. Sebab nanti dah menjelang final year, korang taulah betapa pentingnya sebuah printer. Hahaha. Pendrive pun jangan lupa. Senang nak copy notes dan save kerja.

5. Leisure time

Study study jugak tapi still kena ada masa untuk enjoy. Sekali sekala pergilah tengok wayang ke main bowling ke shopping kt mall ke. Nak cakap aku banyak duit la tu. Siapa cakap? Aku pergi mall pun untuk makan dengan cuci mata je. At least dapat jugak hilang stress buat FYP. Larat ke nak mengadap bakteria 24/7 ? Haha. Siapa cakap nak hilang stress kena guna duit?

Lagi satu, aku ni kaki movie. Setiap hari wajib bukak laptop dan tengok movie. Even masa final pun time duk study tu, boleh lagi layan movie. Sebabnya aku ni jenis cepat bosan dan tak boleh buat satu kerja dalam tempoh yang lama. I get bored easily like kalau tengok movie 3 saat takde action, aku tukar tengok movie lain, that kinda bored. Hahaha. So masa study takdelah stress. Masa study tu ce enjoy-enjoy sikit tapi nasihat aku, jangan tengok drama bersiri ke sekuel ke sebab 100% sure yang korang akan lagha, lalai dan kemudian akan tidur. Haha. Tak pun, try study sambil main DOTA. Boleh? Hahahaha.

6. Makan makanan yang sedap sikit, boleh?

img_0568

Bab ni paling penting dan paling disukai ramai. Makanlah selagi boleh makan. Jangan tau nak berjimat then melantak maggie je. Nak upgrade sikit makan samyang la amende la. Makanlah nasi. Lauk kan banyak. Nasi dengan ayam ikan sayur tu semua lagi sihat. Dahlah sihat, sedap pulak tu. Haha. Bukannya apa, great minds is made up of great food consuming. When you get energy, barulah boleh study. Betul ke idok? Tapi dah duit korang so pandai-pandailah nak makan apa kan.

img_0430

7. Cara study, jawab exam

Ada jugak yang tanya cara aku study. Let me tell you. Setiap orang waktu dan cara belajar lain-lain tapi cara aku macam ni.

  • Aku suka study waktu pagi dan malam. The most efficient period for me to memorize something. Kalau nak study something yang bertulis or calculations, tengahari or petang.

 

  • Waktu study tak pernah langgar waktu makan sebab aku jenis cepat lapar. Bila dah sampai waktu makan tu, stop study dan silakan pergi melantak.

 

  • Waktu tidur depends. Kalau mengantuk, terus tidur sebab waktu tu kalau baca pun memang otak just fikir nak kira ada berapa Shawn The Sheep yang lompat pagar.

 

  • Make sure ada internet access. Bunyi macam melalaikan but for science student it is important sebab senang nak Google facts and theories yang kurang pasti kesahihannya. Gitew. Tapi jangan acah-acah cari facts kt Instagram pulak. Nampak sangat lagha.

 

  • Study based on past year questions dan buat setiap soalan tu TOPICALLY. Kalau buat sekaligus ikut tahun, sumpah bosan. Besides, kalau buat ikut topik nanti boleh nampak trend dan pattern soalan tu.

 

  • Buat simple mind maps. Aku guna pensil dan kertas A4 kosong. That’s it. Kalau ada masa, underline the key points guna colourful pens.

 

  • Aku suka menghafal dengan cara menulis berkali-kali. Tulis banyak kali nanti lama-lama boleh ingat. Trust me, it helps.

 

  • I memorize EVERYTHING. Kalau tak ingat semua pun at least make sure everything is registered in your head. Time exam nanti semua akan terlintas keluar from your head. True story.

 

  • Masa exam, make sure JAWAB SEMUA SOALAN. Jangan tinggal kosong. Percayalah. Apa yang korang tulis tu might contribute some marks jugak sebenarnya. Keep digging your brains out walaupun apa yang keluar cuma 0.01%.

These are the basic things that I can think of.  Maybe tu je kot yang aku boleh explain sedikit sebanyak apa yang aku buat time degree dulu and I managed to graduate soon, finally. If there any questions you would like to ask, boleh hantar email, pm kt FB, dm kt Twitter, Instagram. Semua boleh. I always reply ASAP. Hehe. Thanks and good luck, juniors! ❤

p/s :  If ada sesiapa yang nak hard copy notes untuk semester 6 dan buku Statistics yang masih baru dan cantik, boleh contact.

Advertisements

One thought on “How I survived degree?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s