Assalamualaikum my fellow readers sekalian! 😀
DISCLAIMER : Sila baca post ini sampai habis dan check semua link yg diberi SEBELUM BERTANYA. *Penat nak jawab soalan yang sama.
Dah lama rasanya tak menaip dalam BM. Actually, ada sebab kenapa post kali ni dalam BM. Sebabnya this time aku nak bercerita serba sikit pasal my current study program in UiTM Shah Alam which is Bachelor in Biomolecule Sciences ataupun dalam BM sepertimana tajuk di atas.

Kod program ni ialah AS244 ye. Honestly, course ni agak tough jugak especially for those yg tak pandai manage masa. That is why aku boleh dikatakan tak join any activities except for aktiviti yang melibatkan kolej. Sebabnya course ni jadual dia agak pack nak mampos like seriously packed weh! Aku masa mula-mula masuk under penerapan so terus straight away masuk Semester 3 instead of Semester 1. Thanks to Diploma Mikrobiologi. Hahahahaha.
Mula-mula memanglah happy tahap tak hingat sebab aku boleh habiskan pengajian dalam masa 2 tahun je instead of 3 tahun gara-gara dapat banyak pengecualian kredit untuk subjek-subjek yang telah diambil masa diploma BUT the happiness is temporary je. Aku punya kelas kadang-kadang dari pagi sampai ke malam mengalahkan orang yang dah kerja. Penat gila woi. Serious aku cakap, awal-awal study dulu hampir-hampir jugak aku nak tukar course. Hahahaha.
Since memang parents aku takkan bagi aku tukar course plus dah banyak duit yang habis, I’d decided to take this as a challenge. Allah takkan tetapkan takdir aku macam ni kalau aku tak boleh hadap, ye dak? So, I worked so hard to get good results and Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan, aku berjaya dapat Anugerah Dekan. Happy yang teramat. 🙂 Aku ni kalau dah dapat tulis dalam BM memang bebel tak sudah so to the next agenda!
Ini senarai penuh subjek yang perlu diambil dalam program AS244 ni. Actually, jenis dan jumlah subjek depends on your previous study. Contohnya, macam aku dulu Diploma Mikrobiologi UiTM Kuala Pilah so aku dapat banyak pengecualian kredit. Means that subjek yang aku dah ambik masa diploma tak perlu ambik dah masa degree. The subjects are not actually the same but dia punya main purpose or basics maybe sama macam yang dalam diploma. That’s why aku tak payah ambik dah so aku skip terus ke Semester 3. Kalau Diploma Sains or MLT, skip masuk Semester 2. Asasi dan matrik tak boleh skip-skip ye. Kena start dari Semester 1. Huhu.
To be honest, aku akan share in details my overall experiences sepanjang di Semester 3 walaupun aku dah nak masuk Semester 5 next week. Hahahaha.
In Semester 3, I have to take 8 subjects in total. I know it sounds hysterical but for me, that is actually quite normal for a degree student plus aku pulak masuk pun memang terus ke Semester 3 so what do you expect? Aku dah terbiasa memandangkan masa diploma dulu pun paling minimum aku ambik 6 subjek. So, let me explain serba sedikit tentang each subject yg aku ambik dalam Semester 3 dan 4.

SEMESTER 3
- ELC500 – English for Academic Reading
An English subject yang fokus on reading and critical thinking. Agak susah jugak since you need to think otherwise. Banyak benda tersirat but don’t worry, masa exam boleh bawak kamus. Buku kena beli dengan lecturer or beli sendiri di kedai buku UiTM.
- BIO400 – Concepts of Biology
Since I’m not in major Biology masa diploma so aku tak dapat pengecualian kredit for this subject. Its about basic Biology dan senang nak skor because its all about basics. Seriously. Depends on notes lecturer pun dah ok. Ada lab session.
- BMS424 – Microbial Molecular Genetics
Focus on genetic studies in microorganisms/prokaryotes. Lebih details daripada mikrobiologi yang aku belajar masa dip. Perlu rajin dan pandai cari bahan rujukan macam internet, buku-buku, research papers, journals. Lab session kena buat projek pasal fungus in group.
- BMS531 – Methods in Molecular Biology I
Belajar tentang teknik-teknik dan pelbagai jenis method dalam molecular biology. Ada lab. Ada calculations jugak dalam preparations masa nak buat lab so better bawak kalkulator! Ada lab test.
- BMS532 – Gene Expression and Regulation
Subjek paling perghh ughhh! Its all about eukaryotes dan macam mana eukaryotes buat protein in a very very very details explanation. Ada belajar pasal cancer jugak. Agak sukar tapi kalau faham betul-betul dia punya mechanism, insyaAllah senanglah jadinya so better you go search for good references. Ada lab session and ada calculation jugak. Lab test pun ada.
- BMS535 – Proteins and Enzymes
More like Biochemistry but in more specific explanations. Basically, it is quite simple sebab banyak belajar basics je. Lab session kena buat projek protein extraction from any samples macam buah, kacang, darah etc. For better references, boleh check out buku Biochemistry.
- HRM533 – Introduction to Human Resource Management
Ni merupakan subjek elektif. Boleh pilih antara HRM533 ataupun apa tah lagi satu subjek management. Lupa kod dia apa. Topik dia agak belambak jugaklah but okaylah. Not bad. Ada assignments, presentations but depend on lecturers.
- TAC401 – Introductory Arabic (Level I)
Also an elective subject. Boleh pilih nak belajar bahasa apa which is German, French, Mandarin, Jepun, Korea, Itali. Aku pilih Arab sebab aku ada basics walaupun seciput aje basics nya pun adoi ter ber. Hahaha. Takde final exam tapi ada online quiz dan kena buat video cakap bahasa yang kita belajar tu. Kena beli buku untuk latihan. Exam pun ada in terms of listening, reading, oral, writing.
SEMESTER 4
- ELC550 – English for Academic Writing
Kalau sem lepas reading, sem ni writing pulak. Agak menggoncang kepala hotak jugaklah sebab nak tulislah jugak perkataan or ayat-ayat yang bombastic kan. Almaklumlah budak degree. Hahahaha. Kena beli buku jugak. Belajar buat summary, citation, paraphrase dan yang paling perghh sekali ialah tulis bibliografi. Sakit jiwa jap but don’t worry, few lecturer’s guides memang banyak membantu dalam final exam.
- CTU555 – Malaysian History
What?? Sejarah? Memang kau kena belajar sejarah balik. Padan muka. Wakakaka. Bawak bersabar ye. Jangan risau sebab ustaz ustazah semua sporting dan akan tolong untuk dapat A. Goreng-goreng esei pun insyaAllah boleh dapat A. Kena beli buku dan ada final exam.
- BMS541 – Method in Molecular Biology II
Sekuel kepada BMS531 di mana yang ajar kali ni ialah suaminya pula. Sweet bakhang. Kali ni more advanced sikit tapi best. Ada lab macam biasa dan ada jugak lab test. Assignment pun ada dan submit thru online je. Senang gitew.
- BMS543 – Bioprocess Technology
Subjek elektif antara BMS544 – Molecular Biotechnology. Subjek ni agak baru dan takde past year questions. Kira macam kelas aku ni pioneer la sem lepas walaupun 10 orang je. Haha. Lecturer sporting yang teramat. Lab session ada jugak. Mostly belajar pasal industrial bioprocess macam biofermentors. Ada calculations jugak.
- BMS546 – Cell Signalling and Interaction
Sepupu kepada subjek BMS532 – Gene Expression and Regulation. Belajar pasal cell communications thru signals dan macam-macam lagi. Lab session kena buat projek from sketch maknanya buat from A to Z in group. Aku kena buat pasal Saccharomyces cerevisiae. Kena cari sampel sendiri as in soil/fruits samples. Ada final exam.
- BMS651 – Bioinformatics
Paling perghh. Belajar macam mana nak buat DNA sequencing etc guna software dalam komputer. Lab pun dalam computer lab. Lab report submit thru online jugak. Ada quizzes, tests. Tests mostly agak susah tapi final exam senang.
- MIC674 – Biosafety and Biosecurity
Belajar tentang identification of hazards dalam lab, macam mana nak handle/avoid hazards or biohazards. Its all about logical thinking. Ada lab jugak tapi lab dia agak relaks. Lab report send thru online.
- TAC451 – Introductory Arabic (Level II)
Konsep pembelajaran sama macam previous semester. Quiz, tests, video etc. Yang berbeza ialah buku dan content dia. Memanglah. Dah buku lain, content pun lainlah. Hahahaha.
Itulah serba sikit tentang Semester 3 dan 4 aku dalam AS244 ni. Overall, aku boleh handle lagi setakat ni. Alhamdulillah sangat sebab aku berjaya dapatkan result yang bagus for both semesters. InsyaAllah, no pain no gain. Giteww.
For those yang nak notes untuk Semester 3 dan 4, boleh klik on My Dropbox : SEMESTER 3 SEMESTER 4 I’ve been meaning to upload all notes directly dalam ni macam notes diploma tapi aku nak jimat space dalam blog ni sebab dia ada limit but here aku sertakan buku rujukan yang sesuai untuk course ni since it is highly recommended by our lecturers dan ramai yang beli.
Molecular Biology 5th Edition by Robert F. Weaver
Rasanya itu jela kot yang dapat aku share serba-serbi pengalaman aku sepanjang dalam course Biomol ni. Hope it helps. Anything just send me an email at alianajiha93@gmail.com dan aku akan reply sepantas kilat. 🙂
FAQ
1. Syarat kelayakan
Boleh check di sini http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014
2. Senarai bil dan bayaran (Semua perlu dijelaskan menggunakan Bank Islam)
- Semester pertama kemasukan : RM743
- Semester seterusnya : RM530
- Sewa kolej : Bilik 2 orang – RM420 seorang / Bilik 4 orang – RM210 seorang
- Untuk kolej : Baju kolej – RM25 + Barang elektrik – RM10 setiap barang (max 5 barang)
3. Prospek pekerjaan
Anything yang berkaitan dengan Biology especially Molecular Biology. Contohnya:
- Pegawai Penyelidik
- Pensyarah
- Guru Biologi
- Pegawai Sains
- Pegawai Kawalan Mutu
- Pengurus Syarikat/Projek
- Ahli Korporat
- Usahawan
- Perunding
Ini ada explanation daripada brochure FSG UiTM
AS 224 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Biomolekul
Program sepenuh masa selama tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini memberi tumpuan kepada kajian biomolekul dan aplikasinya (bidang sains yang menjadi asas kepada bioteknologi moden).
Program ini menggabungkan pengetahuan asas dalam bidang biologi sel, biokimia, genetik dan kemahiran makmal dalam biomolekul bagi menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh sebagai langkah persediaan ke arah R & D bioteknologi.
Beberapa mata pelajaran elektif dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa dan menyediakan mereka sebagai usahawan tekno.
Mahasiswa juga akan diperkenalkan kepada bidang baru seperti genomik dan proteomik. Mahasiswa akan didedahkan dengan latihan industri di agensi awam atau swasta selama 3 bulan sebagai pendedahan kepada alam pekerjaan.
Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.
Thanks for reading. ❤
nak tanya selain dekat uitm shah alam, course ni ada dekat uitm mana eh?
Buat masa ni Shah Alam only 🙂
Salam mahu tanya cgpa biasanya atleast berapa untuk course ni ?
Hai senior.hehe. Sye baru je masuk course ni bln lps. Skrg sem 2. Seriously mncabar jgk course ni.
Hai! 😁 good luck
Salam, kalau lepasan Diploma Mikrobiologi ambik degree Biomolekul. Still ada praktikal kah? Time part berapa?
Wslm. Tiada praktikal sbb dah praktikal masa sem 6 Dip Mikrobiologi 😊
Assalamualaikum kak…course ni paling kurg muet dia berapa?at least pointer berape ye?
Im not sure. boleh check online
assalamualaikum.. apakah syarat kelayakan minimum utk lepasan matrik?
wslm. tak sure la sbb tak pernah masuk matrik.
Assalamualaikum, kak. Course ni slalu ada brapa org students? Senang x nak dterima msk?
Wslm. Im not sure. Kdg2 terlebih ramai kdg2 biasa2 je.
Assalamualaikum, sis.
Saya dr dip microbe jugak, nak tanya, subject microbial processes tu dpt pc jugak ke?
Wslm. Oh yg tu rasanya tak.
oh okay thank you, kalau nak tahu subject yg dpt pc kena refer pada advisor ya?
Nanti akan ada briefing lepas PDS ikut course. Jadual dan tempat pun akan diberitahu nanti 😀
Salam.. Nak tanya kalau ambil kos ni kan, Latihan Industri tu susah tak nk dpt tmpt?
wslm. insyaAllah ok je sbb ada lecturer yg guide 🙂
Salam. Biasanya dari dip sains berapa cgpa minima yang diperlukan?
Wslm. Sorry for the late reply. I think 3.00. Not sure.
Assalamualaikum sister. Just scrolling through your blog. I really wanted this programme and quite devastated when I didnt get it. Instead, I got Bachelor in Biology. My batchmates said this time sikit je yang dapat program ni. around 30 for post graduate of microbiology. not sure for other programmes though. Anyway, thank you for realising me that Allah has a better plan for me. Insyaallah. Redha kan hati. Sorry for the rant though haha
Waalaikumussalam 🙂 No worries. Something better is waiting for you at the end of the tunnel. Just go through everything. You can do it! ❤
Assalam,akak…sya lpasan asasi uitm dengan pointer 2.78,adakah sayaa layak untuk kos ini?
Wslm.. yes awk layak 😊
kerja apa ye yg boleh kite dpt lps habis dlm pengajian ni???
salam.. saya dari dip microbe jgk. bru hbis april 2017.. saya dapat continue medic tp sy x perg sbb x minat and ambil masa yg lama.. so skrng sy dlm dilema sama ada nk continue biomole or analisis forensik.. and worries pasal kerja..