AS114 – Diploma Mikrobiologi UiTM

Assalamualaikum korang ! πŸ™‚

DISCLAIMER : Sila baca post ini sampai habis dan check semua link yg diberi SEBELUM BERTANYA. *Penat nak jawab soalan yang sama.Β 

Cey. Sebelum ni kemain Assalamualaikum guys lah apalah. Hahahaha. Disebabkan esok merdeka so aku tetiba rasa nak buat entri dalam BM pulak. Kekadang rasa boring jugak taip dalam mat saleh je. Dah tu pulak kalau dah namanya less vocab dalam kepala ni memang kerjanya nak bukak Google Translate aje. Haha.

Back to the topic, hari ni aku nak cerita sikit pasal Diploma Mikrobiologi di UiTM. Memandangkan aku ex-student course ni so aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak describe sikit acaner sebenarnya course ni. Susah ke senang ke kan? Tujuannya as reference untuk kanak-kanak ribena yang bakal melanjutkan pelajaran tapi tak tau nak pilih course apa. Ahkak Alia sudi membantu uolls. Hikhik.

Sebelum tu, aku nak bagi senarai subjek yang korang kena ambik if you choose this course. Bagi aku, course ni sangat menarik. Untuk memudahkan lagi kerja korang, insyaAllah aku akan letak link notes untuk korang download nanti ye. Ada yang nak berterima kasih tak? Ok aku balas sama-sama in advance. Hehe. Sila amati setiap subjek ni ye. Aku rasa ni yang dah paling latest dah sebab aku pun baru je habis dip ni. πŸ™‚

SEMESTER 1

  • BEL120 – Consolidating Language Skills
  • CHM138 – Basic Chemistry
  • CSC134 – Computer & Information Processing
  • MAT133 – Pre Calculus
  • MIC102 – Cell Biology
  • CTU101 – Fundamentals of Islam
  • HBU111 – National Kesatria 1

SEMESTER 2

  • BCM 211 – Biochemistry I
  • BEL260 – Intermediate English
  • CTU151 – Islamic Thought and Civilization
  • CHM207 – Organic Chemistry
  • CHM213 – Physical Chemistry
  • MIC159 – General Microbiology (Theory)
  • MIC160 – General Microbiology (Practical)
  • Co-curricular subject (optional if you already took National Kesatria in 1st semester)

SEMESTER 3

  • BCM311 – Biochemistry II
  • BCM312 – Laboratory Methods in Biochemistry
  • BEL311 – English For Academic Purposes
  • CHM256 – Basic Analytical Chemistry
  • CTU211 – Science and Technology in Islam
  • MIC150 – Genetics
  • MIC250 – Systematic Bacteriology
  • Co-curricular subject (also optional)

SEMESTER 4

  • CHM260 – Basic Instrumental Analysis
  • ECO120 – Principles of Economics
  • MIC206 – Mycology
  • MIC208 – Virology
  • MIC204 – Basic Food Microbiology
  • MIC310 – Microbial Physiology

SEMESTER 5

  • ENT300 – Fundamentals of Entrepreneurship
  • MIC207 – Basic Environmental Microbiology
  • MIC210 – Basic Molecular Biology
  • MIC313 – Practical Molecular Biology
  • MIC304 – Basic Industrial Microbiology
  • MIC319 – Fundamentals of Agricultural Microbiology
  • MIC342 – Medical Microbiology and Immunology

SEMESTER 6

FSG331 – Industrial Training / Practical

NOTES CAN BE DOWNLOAD HERE !

Aku malas nak cerita sem mana yang tough sem mana yang sado apa semua sebab aku tak nak mind set korang down bila aku cakap pasal specific semester yang susah. Overall, this course quite interesting lah jugak dan yang paling penting course ni amat sesuai for those yang tak minat matematik, kira-kira or maybe ada yang trauma dengan nombor lepas SPM? Sebabnya as you can see, subjek Pre Calculus hanya diambil pada semester pertama sahaja. BakuΒ habis ayat aku. Bukanlah bermakna course ni suci bersih daripada calculation tapi memandangkan ada few Chemistry subjects so secara tak langsung ada jugak kira-kira. Jangan buat muka palat pulak sebab tak bawak kalkulator. Hahahaha.

Fizik? Memang takkan jumpa dah. Highlight sikit nama course ni ; microBIOLOGY. So memang obvious sangat course ni more to Biology and more specific to microorganisms. Yeah. Mostly memang fokus kt bakteria, virus, fungus etc. Human? Kureng la. Nampak tak dia punya menarik? Korang akan belajar apa yang bakteria buat, macam mana bakteria kawin then boleh multiply jadi lagi banyak, macam mana bakteria attack sistem badan korang and macam-macam lagi !Β Belajar benda yang tak nampak dengan mata kasar. Memang fun. Sebab lepas korang keluar je kelas mesti korang akan cakap,

Ohhhh cenggitu ek rupa bakteria yang selalu serang aku waktu demam.

Ohhhh patutlah aku gatal-gatal masa terpegang cendawan.

Ohhhh cenggini rupanya badan aku simpan lemak.

Ohhhh rupanya kulit ni tempat tinggal bakteria.

Lebih kurang macam tulah. Hahaha. Seriously, memang banyak benda yang kita tak tau boleh jadi tau plus boleh apply dalam kehidupan seharian lagi. Cakap pasal kampus pulak. Mesti korang nak tau kan course ni kt UiTM kampus mana? Aku tau sangat bebudak sekarang nak pilih course mesti tengok tempat dulu kan? Hmph dah tau dah. Hahahaha. Aku pun sama jugak. LOL

For those yang ambik course ni then nak sambung degree, korang boleh apply degree in microbiology jugak but UiTM in the process lagi untuk buat degree in microbiology. But no worries, korang still boleh sambung di universiti lain. For example, UPM dan USM.

If nak sambung course lain pun boleh. Macam aku sekarang tengah sambung BachelorΒ in Biomolecular Sciences di UiTM Shah Alam. Nak sambung medic, farmasi dan dentistry pun boleh.

12205_10203231720728576_8142271889343118465_n

Diploma Mikrobiologi ni HANYA ada di UiTM Kuala Pilah, N. Sembilan sahaja. Actually, course ni still baru lagi sebab tu lah kt cawangan lain belum ada lagi plus untuk degree pun masih dalam perancangan lagi. Ada yg terkezut ke? Bunyi kampung sangat ke Kuala Pilah tu? Hahahaha. Memang dalam kampung tapi best ! Jauh dari kesibukan kota. Kampus hijau yang sejuk setiap pagi berkabus dah macam Cameron Highlands. Kolej ada 10. 7 kolej perempuan dan 3 kolej lelaki. Kalau tak silaplah sebab kekadang ada perubahan.

Kolej dia berkonsepkan apartment yg ada 3 bilik dan satu ruang tamu dalam satu rumah. Satu bilik 2 orang and maybe lagi seorang akan ditempatkan di ruang tamu. Rumah dia memang selesa sangat. Lengkap dengan bilik air dan ampaian untuk setiap rumah. Untuk memastikan yang korang akan terus dapat kolej sampai habis belajar, korang kena aktif dan join pelbagai aktiviti especially aktiviti kolej.

Kalau tak dapat kolej pun still boleh apply untuk duduk di kampus UiTM Kuala Pilah yg lama iaitu kampus Melang. Kampus tu untuk budak pra-diploma dan untuk sesiapa yang tak dapat kolej di kampus Beting. Jangan risau pasal transport sebab memang akan ada bas UiTM yang akan ambik ikut jadual ke kampus Beting.

Rasanya macam melencong jauh sangat dah. Haha. Next entri aku cerita pasal aku punya practical, okay? Aku memang suka share-share ni. Hahaha. Apa-apa pun, memang satu pilihan yang bijak if korang pilih course ni. πŸ™‚

Aku ada upload several notes from lecturer untuk certain subjek sebab tak sempat nak upload semua sekali so boleh tengok kt aku punya SlideShare.

Jumpa lagi dalam entri lain. InsyaAllah aku cuba upload segala notes dan cerita pasal pengalaman aku masa praktikal. Thanks sebab sudi baca. Harap korang dapat buat pilihan yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh email di alianajiha93@gmail.comΒ 

FAQ

1. Syarat kelayakan

Since ramai sangat yg tanya pasal kelayakan result SPM korang untuk apply course ni, boleh semak di siniΒ http://www.selangkah.uitm.edu.my/Β atauΒ http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014

2. Peluang pekerjaan

InsyaAllah boleh bekerja di bahagian makmal sama ada di hospital, universiti or any research center tapi untuk lebih terjamin, better sambung degree lepas habis diploma ni.

3. Pilihan degree yang boleh disambungΒ 

Anything yang berkaitan dengan sains especially yg fokus pada Biology dan Chemistry. Jika mahu sambung under UiTM dan fakulti yang sama which is Fakulti Sains Gunaan/Faculty of Applied Sciences, boleh klik SINI

For those who wondering dan nak tahu aku sambung degree apa boleh klik SINI.

Lagi sekali nak ingatkan yang aku cuma explain pasal course ni di UiTM sahaja dan bukan universiti lain. Sekian.

Advertisements

85 thoughts on “AS114 – Diploma Mikrobiologi UiTM

  1. salam kak…
    sye dapat temuduga untu sarjana mudamikrob…
    bidang pekerjaan die ape ekk….
    sye lpsn matrik..

  2. Assalamua’laikum.. Nak tanya.. Mcm mna dgan pluang pekerjaan untuk kos ini.. Kalau dah habis diploma.. Nk sambung degree pula mcm mna?? Thanks..

    1. Wslm. Depends on degree apa yg adik sambung. Time akk dlu degree utk course ni belum ada tp yg akk tau degree utk course ni akan di bukak tak lama lagi so xtau brapa cgpa required utk smbung degree course ni 😊

  3. assalamualaikum,akak
    saya ambik kos ni n In Shaa Allah dec ni masuk sem2
    akak,In Shaa Allah if nak jadi neurologist nak ambik apa time deg?

  4. Akak.. kalau saya lemah dalam bi macam mana? Pastu peluang pekerjaan yang layak selepas ambil diploma nim apa yea?

  5. Assalamualaikum… saya brminat dngan mikrobiologi ni sejakk tadika lagi.. tapi saye tak tau dari mane nak mula!!! Tolongg!

  6. Assalamualaikum kak Alia , Kalau saya ambik diploma in microbiology.. Saya boleh sambung medic kan? Untuk sambung Medic nanti biasanya dia tengok Spm results tak? Sbb saya punya subjek aliran sains tak berapa nak memuaskan kak 😦

      1. alhamdulillah syarat saye lpas… cume x isi upu lg..saye mmg minat bio…mikrob atau tek mknn…mne yg pluang pkerjaan tinggi?? ..

  7. Assalamualaikum kak nak tanya… betul ke lepas ambik course ni dan dapat CGPA 3.5 and above boleh pursue study dalam degree medic..maaf menganggu terima kasih

  8. Salam kak boleh saya tanya? Dari course ni nak ke degree, dia tengok result spm tak kak? Sbb chemist saya C takut tak melayakkan saya nak amik degree dentist.

  9. assalam kak,pegawai penyelidik(degree biology)tu saintis ker??kerja dy mcm ahli zoologi ke sbb sy nk sgt jadi zoologist!!

    1. Lebih kurang mcm saintis la. Buat research or tolong someone buat research. Kalau minat zoologist insyaAllah masa nk kerja nnti boleh apply under zoologist 😊

  10. Kak, saya nk tanya subjek CTU101- fundamentals of islam wajib diambil oleh pelajar course ini tmasuk yg non muslim k?

  11. As’salam..akak saya minat lar dgn mikrobiologi Ni n saya dh isi dlm upu pilihan 1 tapi SPM BI saya dpt C je.. Agak2 Akak saya dpt x kos Ni??

  12. salam kak, untuk course ni dia mmg tk tgk phy ke? sbb phy sy c+. chemist & bio pulak b+ and bi saya A. phy je yg mcm tk ok… hm sbb ada org kata kalau course yg kene mengena dgn sains ni dia akan dahulukan phy b dripada c. tp untuk course ni langsung tk kene mengena dgn phy. so sy agak curious. reply asap kak πŸ™‚ really need ur help terima kasih πŸ™‚

  13. salam kak.. boleh thu tk phy akak dulu berapa ye? phy sy c+, bio & chem b+ and bi A. tp tula phy sy mcm tk berapa ok. sbb hritu sy ada call org uitm, kalau course yg berkaitan dgn sc dia akan dahulukan phy b. tapi course ni pulak tkda kene mengena phy, jd sy curious. sy nk apply course ni sbb minat tp sy tkut tk dpt pulak. mohon balas kak πŸ™‚ sbb minggu dpn sy nk apply course ni so skrg ni sy tgh buat research. terima kasih πŸ™‚

  14. Assalamualaikum, if nk sambung dentist utk degree at least kena pointer brpe? And apa beza diploma microbiology and diploma science ?

  15. Assalammualaikum dik..nk tny PJJ ada buat course ni x? Sy skrg buat master degree dlm Food Safety & Quality Assurance di UPM..degree & diploma sy x de background mikrobiology..tqvm dik..

  16. Assalam kak..tumpang tanya..untuk course ni ada fast track tak? Maksud saya kalau dapat pointer bagus,boleh tak pendekkan masa pengajian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s